Wednesday 9 September 2015

3.PERIBAHASA

1.Daun nipah dikatakan daun labu
Salah faham disebabkan malas bertanya

2.Daun terap, bunyinya degah-degah , jatuh ke bawah sir katanya
Cakap saja besar

3.Dedalu api hinggap ke pohon kayu, hinggap di batang, mati batang, hinggap di ranting , ranting patah.
Orang jahat ke mana pergi dia menyusahkan orang baik

4.Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga
Yang berguna diambil, yang tidak berguna dibuang
















5.Dengan sesenduk madu dapat lebih banyak ditangkap serangga daripada dengan cuka sesenduk
Tutur kata yang baik lebih berkesan untuk mendapatkan sahabat daripada muka yang masam

6.Dekat tidak tercapai, jauh tidak berantara
Tidak mendapat apa yang diingini

7.Dengar bunyi guruh di langit , air tempayang dicurahkan
Membuang apa yang ada kerana mengharapkan apa yang belum pasti

8.Dengar cakap enggang makan buah beluluk ; dengar cakap orang terjun masuk lubuk
Jangan suka dengar cakap orang sahaja



9.Katak di bawah tempurung
Orang yang kecil ilmu pengetahuannya

10.Alim bagai katak tepi air
Orang yang kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya




Monday 7 September 2015

2.PERIBAHASA

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Sunday 6 September 2015

1.TIP KARANGAN

Tip pertama ;

Semasa dalam penulisan karangan semua pelajar ingin tidak lari daripada topik . Oleh itu , cara yang boleh saya kongsikan ialah dengan menanyakan soalan kepada diri anda.
Seperti dalam karangan Inggeris kita gunakan formula 7W dan 1H iaitu

7W : - WHO
         - WHOSE
         - WHY
         - WHERE
         - WHICH
         - WHEN
         - WHAT

1H : - HOW

 kita boleh menggunakan formula ini bukan sahaja pada karang Inggeris malah pada bahasa Melayu juga iaitu

7W : - SIAPA
         - SIAPA PUNYA
         - MENGAPA
         - MANA
         - YANG
         - BILA
         - APA

1H : - BAGAIMANA

.....
Gunakan cara ini agar semasa dalam penulisan karangan pelajar tidak lari daripada topik.
Selamat mencuba !

ISI-ISI UNTUK KARANGAN

cara-cara pupuk perpaduan di Malaysia
-perkahwinan campur
-rumah terbuka
-mengadakan cuti sambutan perayaan bangsa
-program perpaduan
-mengajar nila integriti di sekolah dan menyiarkan program berusurkan perparduan di media massa

Amalan gaya hidup sihat
-pemakanan seimbang
-pemeriksaan doktor
-senaman
-rehat yang mencukupi
-berfikiran positif
-menjaga kebersihan diri dan persekitaran

Langkah-langkah memajukan sektor pertanian di Malaysia
-pembangunan lestari dalam pertanian
-mempertingkatkan penggunaan sistem mekanisme dalam pertanian
-melalukan penyelidikan klon
-pemantauan kualiti hasil pertanian

Faedah aktiviti kokurikulum
-menggunakan masa senggang secara berfaedah
-menambahkan pengetahuan dan pengalaman
-merapatkan hubungan antara pelajar dan guru-guru
-melahirkan generasi yang berdisiplin
-bakat pelajar dapat dicungkil dan diperkembangkan

Langkah-langkah meningkatkan minat membaca
-ibu bapa memain peranan dengan menyediakan bahan bacaan sejak anak-anak kecil lagi
-membuat pameran buku-buku serta jualan buku
-pihak sekolah melengkapkan perpustakaan sekolah dengan pelbagai bahan bacaan
-pihak kerajaan menyediakan lebih banyak perpustakaan awam

Saturday 5 September 2015

PERBEZAAN DARI DAN DARIPADA

Dari digunakan untuk
-Arah
-Tempat
-Masa

CONTOH :

-ARAH
"Dari pandangan kiri kita dapat melihat kerja-kerja pembangunan sedang dilakukan" , beritahu Hakim kepada Ali.

-TEMPAT
Ali berasal dari Melaka .

-MASA
Cerita itu dari pagi hingga ke tengahari masih belum tamat lagi .


Daripada digunakan untuk
-Keanggotaan
-Orang
-Bandingan
-Sumber
-Abstrak

CONTOH:

-KEANGGOTAAN
Kumpulan Merah terdiri daripada enam orang ahli yang berpengalaman.

-ORANG
Jam tangan itu daripada ibunya sempena hari kelahiran Amin

-BANDINGAN
Ibu berat sebelah terhadap anak bongsunya daripada yang sulung.

-SUMBER
Aminah akan mencari maklumat berkenaan pencemaran sungai daripada perpustakaan.

-ABSTRAK
Kejayaan bermula daripada kesusahan yang dialami





2.KATA-KATA HIKMAT



1.Pengertian keadilan akan lebih bersahaja, jika manusia lebih bersahaja
-PLATO

2.Hendaklah kamu berlaku adil dan jauhilah kezaliman. Jangan mungkir berjanji, jangan melanggar jika engkau telah membuat kebaikan 
-SAYIDINA ABU BAKAR

3.Kesenangan dan kegembiraan adalah pangkal jalan menuju bahagia
-HUKAMA

4.Kebahagiaan itu bukanlah pada mengumpulkan harta benda , tetapi takwa kepada Allah itulah bahagia. Takwa akan Allah adalah sebaik-baik bekal yang disimpan. Di sisi Allah sahajalah erti kebahagiaan pada orang yang takwa 
-YAHYA BIN KHALIK ALBARMAKY

5.Manusia yang bahagia ialah yang hidupnya buat alam, bukan buat dirinya seorang
-BERTRAND RUSSEL

6.Tidak ada sumber bahagia yang lain daripada hati manusia 
-Internasional

7.Maut adalah lambang cinta sejati
-Peribahasa Arab

8.Cinta jadi mulia jika cintakan kebenaran
-Lord Chesterfield

9.Keberhasilan cinta tidak ditentukan oleh pilihan kita tetapi oleh nasib

10.Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan menemukan cinta sejati yang sesunggunhnya
-Inayat Khan