Monday, 31 August 2015

PERIBAHASA 1

Peribahasa untuk karangan.

1.Air beriak tanda tak dalam
Orang yang selalu membangga-banggakan dirinya pintar sesungguhnya bodoh

2.Air dicencang tidak akan putus
keluarga tidak akan bercerai walaupun kerana perselisihan sahaja

3.Air mata jatuh ke perut
Bersusah hati namun tak terlihat oleh orang lain

4.Air ada pasang ada surut
Nasib seseorang tidak tetap (ada kalanya untung dan rugi

5.Seperti lembu dicucuk hidung
Orang yang selalu menurut kemahuan orang

6.Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Adat tidak berubah walaupun perubahan zaman

7.Bagai kaca terhempas ke batu
Sangat sedih atau kecewa

8.Bagai aur dengan tebing
Hubungan yang rapat antara satu sama lain

9.Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sehingga mencapai kejayaan

10.Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi
Dua orang yang sama darjat

11.Sediakan payung sebelum hujan
Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana

12.Biar mati anak, jangan mati adat
Orang yang kuat berpegangkan adat

13.Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga

14.Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan
jika kita sayang akan anak harus kita marahi jika ia bersalah

15.Kecil-kecil anak, kalau besar menjadi onak
Waktu masih kecil membuat hati senang, kalau sudah besar membuat kesusahan bagi kedua orang tuanya

16.Pandan anak pandang menantu
Mencari menantu harus sepadan

17.Air tenang jangan disangka tidak berbahaya
Orang yang diam jangan disangka pengecut.

18.Akal akar berpulas tak patah.
Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.

19.Akal labah-labah di gua buruk suka merakut.
Orang jahat yang suka menipu orang.

20.Akal sebagai makan nasi lecek.
Fikiran seperti anak-anak.

Monday, 24 August 2015

1.KATA-KATA HIKMAT

# ..... Ulama terkenal iaitu Hamka yang mengatakan orang yang hendak hidup sendiri itu ertinya hendak bunuh diri dan takut mati itu adalah kematian sejati

# ..... Roberspierre yang mengatakan bahawa negara yang merdeka ialah di mana hak-hak asasi manusia dihormati dan semua undang-undang bersifat adil

# .... seperti dikatakan oleh ahli falsafah terkenal mengatakan orang yang mudah berjanji , jarang menepati janjinya

# ..... seperti yang dikatakan oleh ahli matematik terkenal dunia Pythagoras mengatakan kemahuan itu bersemayam di samping nasib , bagaikan aliran kudrat.

# ..... seperti yang dikatakan oleh bapa falsafah barat Socrates yang mengatakan orang yang ingin menggoncang dunia terlebih dahulu harus menggoncangkan dirinya sendiri

# ..... seperti dikatakan oleh ulama terkenal iaitu Hamka yang mengatakan biar beribu kali kapal ditenggelamkan taufan dan ombak besar , namun keingainan manusia untuk belayar tidak pernah pendam.

Sunday, 23 August 2015

CARA MENGURANGKAN BERAT BADAN


Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia ini semakin meningkat . Jelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjadi warga yang sihat dan cergas.
FORMULA : kliksini

         
            Kesihatan merupakan perkara yang paling penting dalam menjalani kehidupan seharian dengan sempurna . Sejak akhir-akhir ini , menurut kajian yang telah dilakukan sebanyak 20 peratus daripada rakyat Malaysia menghadapi masalah kegemukan dan bilanganya itu meningkatkan dari hari ke hari. Perkara ini jelas sekali menggambarkan bahawa negara kita tidak pandang serius dengan masalah kegemukan yang melanda dan memperdulikan penyakit-penyakit berbahaya. Salah-satu contoh penyakitnya ialah obesiti, diabetes,  tekanan darah tinggi , stroke , serangan jantung , gagal jantung dan gout . Seseorang yang mengalami masalah kegemukan haruslah melakukan sesuatu sebelum nasi menjadi bubur. Pesoalannya apakah cara-cara untuk mengurangkan berat badan sekali gus mengelakkan obesiti.

            Banyak cara untuk mengurangkan berat badan antaranya termasuklah minum air dengan kuantiti yang banyak . Sebelum makan digalakkan meminum air segelas agar mudah kenyang sekali gus mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan. Kajian juga telah dilakukan dan mendapati bahawa kopi dan teh mampu meningkatkan tindakan metabolisme badan iaitu kadar pembakaran kalori . Sehubungan dengan itu , meminum lapan gelas air atau dua liter dapat membantu dalam mengurangkan berat badan. Dalam kes ini pada waktu pagi digalakkan meminum segelas air manakala tengahari tiga gelas air , petang dua gelas air dan malam dua gelas air. Justeru air penting untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.

         Pada waktu yang sama , melakukan senaman di gym juga dapat mengurangkan berat badan. Sehubungan dengan itu , untuk mendapat berat badan yang idel seseorang itu perlulah melakukan senaman di gym sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 40 minit atau sejam . Cara ini boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan. Aktiviti gym sesuai dilakukan pada waktu pagi atau petang kerana waktu itu bagus untuk melakukan aktiviti . Banyak alatan yang disediakan di gym misalnya bag penumbuk , dumbell , mesin treadmill dan tikar yoga yang sesuai untuk mengurangkan berat badan. Tegasnya , kita harus melakukan senaman untuk mengurangkan berat badan khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah kegemukan.

         Selain daripada itu ialah berjalan kaki atau joging kerana mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam badan. Salah satu teknik yang boleh digunakan ialah dengan meletakkan kenderaan jauh daripada tempat yang dituju menyebabkan seseorang itu perlulah berjalan kaki. Dalam konteks ini seseorang boleh berjalan kaki atau berjoging di taman , padang , jalan serta tempat riadah . Menurut kajian berjoging selama 45 minit sudah cukup untuk mengurangkan berat badan. Pakaian yang betul ketika berjoging hendaklah merangkumi baju sukan, seluar trek dan kasut joging juga digalakkan untuk membawa jam bagi menentukan masa tamat berjoging. Oleh itu, joging atau berjalan kaki bukan sahaja dapat mengurangkan masalah berat badan malah mengelakkan penyakit berbahaya yang berkait dengan jantung.

         Tambahan pula ialah , pemakanan yang seimbang untuk menjadi lebih sihat. Dalam pada itu , seseorang perlu mempunyai jadual pemakanan yang merangkumi sarapan pagi , makan tengahari dan makan malam. Jadual makan perlulah seimbang dengan mengandungi semua tujuh kelas makanan. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan diwajibkan untuk makan makanan yang kaya dengan serat dan kurangkan pengambilan makanan berminyak dan masin. Serat membantu dalam proses pencernaan makanan contohnya anggur,epal,rambutan,mangga,nenas serta tembikai. Jelaslah bahawa memakan makanan yang kaya dengan serat serta jadual pemakanan seimbang dapat mengurangkan berat badan.

        Kesimpulannya , pemakanan ialah punca segala penyakit pada era ini . Oleh itu , kita wajar mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat melakukan aktivit harian dengan sempurna .Hal ini kerana, kesihatan adalah aspek paling penting dalam hidup. Masyarakat serta ibu bapa haruslah prihatin tentang kesihatan mereka dan orang lain selaras dengan wawasan 2020 untuk mencapai status negara yang sihat sejahtera . Semua orang harus berganding bahu berat sama dipikul ringan sama dijinjing
untuk mencipta sebuah masyarakat yang harmoni dan sihat.






















Friday, 21 August 2015

PENANDA WACANA

PENANDA WACANA UNTUK PENDAHULUAN :

1. Pada era globalisasi ini , 
2.Dewasa ini , 
3.Pada masa ini , 
4,Baru-baru ini,
5.Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu 
6.Sejak akhir-akhir ini,
7.Dalam meniti arus kemodenan ini   ,
8.Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
9.Pada zaman pascakemerdekaan ini,
10.Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
11. Menyentuh tentang 

PENANDA WACANA UNTUK ISI :

1. ..... antaranya termasuklah  
2.Selain itu, 
3.Tambahan pula , 
4.Disamping itu, 
5.Selain daripada itu , 
6.Dalam pada itu,
7.Selanjutnya ialah , 
8. ..... lain ialah 
9.Begitu juga dengan 


PENANDA WACANA UNTUK HURAIAN KARANGAN :

1.Bagi sesetengah orang …  
2.Dalam konteks ini ..
3.Hal ini serupa dengan 
4.Hal ini penting dalam
5.sehubungan dengan itu
6.Kesemua ini menyumbang kepada
7.Perkara ini menggambarkan bahawa 
8.Akibat daripada itu 
9.Hal ini berlaku disebabkan 
10.Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
11.Kendatipun demikian, perkara ini masih 

PENANDA MEMBERI CONTOH :

1.Misalnya,   
2.Contohnya,
3.Sebagai contoh,     
4.Biar kita ambil contoh
5.Sebagai analoginya,
6.Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
7.Tamsilnya
8.Salah satu contohnya ialah
9.Salah satu contoh yang boleh diambil ialah 
10.Jutifikasinya
11.dalam kes ini contoh yang sesuai boleh diambil 

PENEGASAN ATAU KESIMPULAN KECIL:

1.Intihanya,
2.Jadi,
3.Oleh itu, 
4.Jelaslah,
5.Ringkasnya,
6.Natijahnya,
7.Tegasnya , 
8.Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam
9.Mudah-mudahan cara ini berkesan dalam 
10.Oleh itu, cara ini sekali gus 


PENUTUP : 

1.Kesimpulannya,      
2.Secara konklusinya
3.Sebagai penghias bicara akhir,
4.Secara total
5.Secara tuntasnya
6.Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan 
7.Akhir kata , 
8.Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas




ITU SAHAJA YANG DAPAT SAYA KONGSIKAN , DIALU-ALUKAN UNTUK FOLLOW SAYA UNTUK MELIHAT PERKEMBANGAN BERIKUTNYA . SAYA AMAT MENGHARGAINYA DAN BERHARAP ILMU YANG SAYA BERIKAN INI BERMANFAAT UNTUK ANDA .









     

RUMUSAN SPM

Baiklah dalam tips seterusnya ialah rumusan . Untuk pengetahuan anda rumusan haruslah tidak melebihi 120 patah perkataan . Oleh itu pelajar mesti bijak dalam membuatkan ayat itu pendek tetapi tidak mengubah maksudnya daripada petikan itu .

Contohnya soalan seperti ini

Baca petikan diberi. Buat satu rumusan tentang faedah-faedah mempelajari sejarah dan usaha-usaha untuk menggalakkan pelajar meminatinya . Panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.



Cara pertamanya ialah dengan menganalisi kehendak soalan kemudian tukar perkataannya kecuali kata hubung .

Analisis dan tukarkan 

Faedah-faedah = kelebihan 
Usaha-usaha = Langkah-langkah 

Apabila anda sudah menukarkan , kemudiannya pelan strategi ayat anda . Anda boleh lihat contoh seperti ini . 

          Petikan membincangkan kelebihan mempelajari Sejarah . 

        Kelebihan-kelebihannya ialah  ________________. 2. (isi kedua) . Selain itu , ___________ . 4. (isi keempat) _________ . Tambahan pula , ________.   6. (isi keenam)

         
Langkah-langkahnya ialah ____________ . Disamping itu , ____.


 Kesimpulannya , _________________agar/kerana/supaya/untuk _________.




Begitulah caranya untuk menjawab soalan ini . Untuk pengetahuan anda isi tersurat hendaklah 6 manakala isi tersirat mestilah 2 , jumlahnya lapan . Kebiasaanya jika mengikut formula ini karangan anda akan lebih daripada 110 patah perkataan. 
penanda wacana untuk perenggan kedua hendaklah digunakan pada isi ketiga dan kelima . manakala perenggan ketiga pada isi kedua . Semoga berjaya 



Thursday, 20 August 2015

2. Baiklah sekarang kalau kamu sudah siap buat kotak dan semua isi dalam kotak . Sekarang sudah masuk untuk membuat karangan bagi yang belum tahu cara pertama boleh klik dkt sini .
Sekarang masuk semua maklumat yang ada ke dalam ruang kosang yang disediakan (mesti panjang) .

DALAM PENDAHULUAN :
       
 1.FAKTA
 2.HURAIAN
 3.HURAIAN
 4.CONTOH
 5.Persoalan dan peribahasa
( kalau rasa nak banyak isi buatlah nombor 4. huraian , 5. contoh dan 6 kesimpulan kecil )



1.  I) PENDAHULUAN
       
           Belakangan ini 1.____________.Sehubungan dengan itu, 2.______________ . 3.______________________ . Sebagai contoh , 4._________________________. Persoalannya , 5._______________________?

Beginilah caranya yang paling ringkas yang boleh saya tunjuk bagi mereka yang lemah . Nampak pendek tapi kalau sebenarnya cara ringkas macam ini boleh jadi panjang . Macam saya cara 1 sehingga 5 memang panjang saya buat.


DALAM ISI :

1.FAKTA
2.HURAIAN
3.HURAIAN
4.HURAIAN
5.HURAIAN
6.CONTOH
7.PENEGASAN


2. ISI 1

       ....... antaranya ialah 1._________________ . Ekoran daripada itu , 2._________________________. 3.______________________. Dalam kontaks ini , 4.______________________ . 5.__________________________________. Jutifikasinya , 6.___________________ . Oleh itu , 7.__________________________.


  ISI 2


     Pada waktu yang sama, 1._________________. Lebih-lebih lagi , 2. ______________________ . 3.______________________. Walaubagaimanapun , 4._______________________ . Namun demikian , 5.______________. Tamsilnya , 6._________________. Natijahnya , 7. _______________.


 ISI 3 

      
      Selain daripada itu , 1. _________________ . Hal ini demikian , 2._________________________. 3. ______________________. 4._________________________. Namun begitu , 5.__________________ . Sebagai contoh , 6._________________. Dengan berbuat demikian 7.___________________  .


ISI 4

      Tambahan pula , 1. ________________ . Hal ini wujud akibat daripada 2.______________________________. 3._____________________. 4._______________________________ . 5.________________________. Misalnya , 6._______________________. Tegasnya , 7.__________________________.


ISI 5

       Seterusnya , 1.________________. Hal ini bersangkut-sangkut dengan , 2.____________________. 3.______________________. Namun , 4.________________________. Hal ini bermakna, 5._________________ . Misalnya 6. ___________________ . Jadi , __________________.


DALAM PENUTUP :


1.KEPENTINGAN
2.HURAIAN DAN  KEPENTINGAN
3.HURAIAN
4.PENUTUP
5.PERIBAHASA


3. PENUTUP

      Secara konklusinya , 1. __________________________. Kita wajar 2. _____________________________ agar/kerana/supaya/untuk ______________________________.
3._________________. 4._________________ selaras dengan wawasan 2020 untuk mencapai status negara yang ________ . 5._______________













TIPS KARANGAN SPM :
Jom cuba formula saya ini . 

Baiklah , saya tahu semua pelajar ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek ini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang lemah dalam karangan . Oleh itu , jom cuba cara ini yang boleh sedikit sebanyak membantu dalam penulisan karangan 

1. Buat kotak "kumpul"

    kotak itu hendaklah merangkumi kotak pendahuluan , huraian , contoh , penegas         atau kesimpulan kecil dan penutup seperti rajah di bawah ini 





Buatlah jadual seperti ini . Kalau boleh letak banyak isi dalam setiap ruang kosang yang diberikan . Minta maaf kerana gambar terlalu kecil ,klik butang kanak gambar itu dan klik "open link in new tab" . Tips seterusnya anda boleh klik di sini