Friday 21 August 2015

RUMUSAN SPM

Baiklah dalam tips seterusnya ialah rumusan . Untuk pengetahuan anda rumusan haruslah tidak melebihi 120 patah perkataan . Oleh itu pelajar mesti bijak dalam membuatkan ayat itu pendek tetapi tidak mengubah maksudnya daripada petikan itu .

Contohnya soalan seperti ini

Baca petikan diberi. Buat satu rumusan tentang faedah-faedah mempelajari sejarah dan usaha-usaha untuk menggalakkan pelajar meminatinya . Panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.



Cara pertamanya ialah dengan menganalisi kehendak soalan kemudian tukar perkataannya kecuali kata hubung .

Analisis dan tukarkan 

Faedah-faedah = kelebihan 
Usaha-usaha = Langkah-langkah 

Apabila anda sudah menukarkan , kemudiannya pelan strategi ayat anda . Anda boleh lihat contoh seperti ini . 

          Petikan membincangkan kelebihan mempelajari Sejarah . 

        Kelebihan-kelebihannya ialah  ________________. 2. (isi kedua) . Selain itu , ___________ . 4. (isi keempat) _________ . Tambahan pula , ________.   6. (isi keenam)

         
Langkah-langkahnya ialah ____________ . Disamping itu , ____.


 Kesimpulannya , _________________agar/kerana/supaya/untuk _________.




Begitulah caranya untuk menjawab soalan ini . Untuk pengetahuan anda isi tersurat hendaklah 6 manakala isi tersirat mestilah 2 , jumlahnya lapan . Kebiasaanya jika mengikut formula ini karangan anda akan lebih daripada 110 patah perkataan. 
penanda wacana untuk perenggan kedua hendaklah digunakan pada isi ketiga dan kelima . manakala perenggan ketiga pada isi kedua . Semoga berjaya 



No comments:

Post a Comment